Thursday 4 August 2011

Berkhemah di Pulau?

 Peta tapak perkhemahan di Pulau Perhentian Besar,Terengganu.
Berdekatan dengan kawasan snorkeling utama di Pulau Perhentian.


Yezzerr.. 
korang mungkin pernah dan biasa berkhemah di dalam hutan,di tepi air terjun,sungai,gunung ataupun gua.Biasa mendaki,jungle trekking dan bermalam di kawasan yang mana hanya bunyi unggas dan cengkerik menjadi peneman tidur.
Pernahkah terlintas di hati untuk menjadikan kegemaran berkhemah ini sesuatu yang variety ataupun berbagai? Apa kata kalau kita cuba untuk berkhemah di suatu kawasan yang mana di depan khemah kita adalah pantai yang pasirnya memutih dan airnya membiru,bunyi cengkerik dan unggas berganti bunyi desir ombak dan aktiviti yang biasanya kita lakukan semasa berkhemah kita ganti dengan akitiviti yang baru dan berbeza.

(klik pada gambar untuk membesarkan gambar)

Kembaralah bersama kami ke Pulau Perhentian.Pakej menarik untuk pencinta alam ada di sini.Rasai pengalaman menaiki bot laju,berenang di laut,snorkeling bersama ikan-ikan yang berwarna warni,batu karang yang berbeza-beza dan merasai sendiri pengalaman melihat ikan jerung dan sang penyu secara "live" di depan mata sendiri!


Selain itu,aktiviti berkayak juga disediakan dengan bayaran yang berpatutan dan trek jungle trekking yang tidak begitu memenatkan.Dan rasai sendiri kesejukan air mata air yang terkenal di kalangan pelancong-pelancong dan pelayar-pelayar di Telaga Air Berani.
Kembara lah dan rasai perbezaan dengan kembara-kembara yang sebelumnya!
Semuanya bermula dengan hanya RM160 sahaja seorang untuk 3H/2M
P/S: Kamera jangan lupa beb!

Sila hubungi Island Campers & Adventures untuk keterangan lanjut:

CHAD 017 - 887 3 887
OU 019 - 291 44 11

"DUNIA KEMBARA DUNIA KITA"

Tuesday 2 August 2011

Pakej Perkhemahan


RM160 untuk 3H/2M!


Rasai kembara perkhemahan di tepi laut berlatarbelakangkan suasana hutan!
Trek Jungle Trekking + aktiviti berkayak + snorkeling bersama jerung dan penyu!

Harga adalah termasuk :
  • Tambang bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau Perhentian (pergi-balik)
  • 1 snorkeling trip menaiki bot termasuk mask,google dan life jacket
  • Tiket Taman Laut Malaysia
  • Sewa tapak perkhemahan
  • Khemah
  • Alatan asas memasak ( 1 dapur gas dan 1 tong gas)
Bekalan air tawar bersih (paip dan telaga),tenaga elektrik(lampu),tandas untuk kegunaan lelaki dan perempuan ada disediakan.Surau ada berhampiran.

Pakej minimum adalah untuk 10 orang.Oleh kerana kawasan perkhemahan yang agak luas,jumlah maksimum 200-250 khemah boleh dipasang pada satu-satu masa.Sangat-sangat sesuai untuk membuat beach BBQ.Pakej ini juga sesuai untuk syarikat-syarikat yang ingin membuat "Team Building Event & Activity",pihak sekolah yang ingin membuat perkhemahan pelajar,kelab-kelab kembara universiti dan kolej dan juga untuk perkumpulan individu yang menggemari aktiviti outdoor dan lasak.

Hanya beroperasi dari bulan Februari hingga ke bulan Oktober setiap tahun disebabkan musim tengkujuh.

Tempahan untuk tahun 2012 dibuka sekarang!

Untuk maklumat lanjut,sila hubungi :

Chad 017 - 887 3 887
Ou    019 - 291 4411  

"DUNIA KEMBARA DUNIA KITA"

Pulau Perhentian, Terengganu

Pulau Perhentian terdiri daripada dua buah pulau utama iaitu Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.Pulau ini amat terkenal di kalangan backpackers seluruh dunia.Antara aktiviti utama para pelancong di sini adalah percutian keluarga,percutian kembara,scuba diving,snorkeling dan fotografi.