Thursday 4 August 2011

Berkhemah di Pulau?

 Peta tapak perkhemahan di Pulau Perhentian Besar,Terengganu.
Berdekatan dengan kawasan snorkeling utama di Pulau Perhentian.


Yezzerr.. 
korang mungkin pernah dan biasa berkhemah di dalam hutan,di tepi air terjun,sungai,gunung ataupun gua.Biasa mendaki,jungle trekking dan bermalam di kawasan yang mana hanya bunyi unggas dan cengkerik menjadi peneman tidur.
Pernahkah terlintas di hati untuk menjadikan kegemaran berkhemah ini sesuatu yang variety ataupun berbagai? Apa kata kalau kita cuba untuk berkhemah di suatu kawasan yang mana di depan khemah kita adalah pantai yang pasirnya memutih dan airnya membiru,bunyi cengkerik dan unggas berganti bunyi desir ombak dan aktiviti yang biasanya kita lakukan semasa berkhemah kita ganti dengan akitiviti yang baru dan berbeza.

(klik pada gambar untuk membesarkan gambar)

Kembaralah bersama kami ke Pulau Perhentian.Pakej menarik untuk pencinta alam ada di sini.Rasai pengalaman menaiki bot laju,berenang di laut,snorkeling bersama ikan-ikan yang berwarna warni,batu karang yang berbeza-beza dan merasai sendiri pengalaman melihat ikan jerung dan sang penyu secara "live" di depan mata sendiri!


Selain itu,aktiviti berkayak juga disediakan dengan bayaran yang berpatutan dan trek jungle trekking yang tidak begitu memenatkan.Dan rasai sendiri kesejukan air mata air yang terkenal di kalangan pelancong-pelancong dan pelayar-pelayar di Telaga Air Berani.
Kembara lah dan rasai perbezaan dengan kembara-kembara yang sebelumnya!
Semuanya bermula dengan hanya RM160 sahaja seorang untuk 3H/2M
P/S: Kamera jangan lupa beb!

Sila hubungi Island Campers & Adventures untuk keterangan lanjut:

CHAD 017 - 887 3 887
OU 019 - 291 44 11

"DUNIA KEMBARA DUNIA KITA"

4 comments:

  1. 160 je?? murah-murah,hehehe..tp xde mber kaki camping la der,huhuhu..

    ReplyDelete
  2. shidee~no hal tu...maybe next time ada kaki..leh try adventure kt pulau.

    ReplyDelete
  3. gerenti ada penyu dan jerung ke?

    ReplyDelete
  4. apa lg kemudahan yang ada yer?

    ReplyDelete